Info

kg. Layang-layangan adalah salah sebuah kampung yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan. Kedudukannya yang berhadapan dengan laut menjadikan kampung ini lebih kelihatan indah. Pesisiran pantai yang bersih dan terdapat pelbagai kemudahan menjadikan ianya lebih manarik dan senang untuk dikunjungi. Terdapat bermacam-macam sejarah yang terdapat di kampung ini.Di kawasan kampung telah dijadikan sebagai tempat penyerahan jepun dan pelepasan serta kemerdekaan dari perang. Menurut ketua kampung En. Hj. Majid Bin Hj. Magal yang kami temui nama kampung Layang-layangan ini berasal daripada terdapatnya sebuah pulau kecil yang terletak berhadapan dengan kawasan perkampungan tersebut. Menurut beliau lagi, pulau kecil yang berkeluasan 80 meter persegi itu dahulunya terdapat banyak spesis ular dan burung layang-layang. Pada setiap petang, burung layang-layang ini akan kelihatan berterbangan di pesisiran pantai kawasan perkampungan ini maka wujudlah nama kampung yang di beri nama kampung layang-layangan. Nama kampung  itu kekallah sehingga ke hari ini.

Pemandangan yang lebih indah dapat dilihat apabila berada di pesisiran pantai. Anda akan dapat melihat laut biru dan matahari terbenam diwaktu senja.

Kg. Layang-layangan ini aktif dalam melakukan aktiviti bergotong-royong dan bersukan. Ini menjadikan kg. layang-layangan menjadi juara kampung contoh Gerakan Daya Wawasan pada tahun 2008. Pelbagai kaum dan bangsa yang terdapat di kampung ini. Antaranya ialah kaum kedayan,brunei, melayu,kadazan,cina dan india. penduduk kampung ini walaupun berlainan agama dan bangsa, mereka masih boleh berkerjasama dalam melakukan semua aktiviti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: